Saturday, May 7, 2011

~perniagaan itu sunnah~

perniagaan itu adalah sumber pendapatan sejak dari dulu lagi..
perniagaan mencakupi aspek yg besar seperti pertanian,runcit,jualan brg keperluan dsb

tetiba jer kuar ayat cenggitu kan hehe.
ok la..kali ni nak bukak mata semua orang termasuk diri sendiri..
antara perniagaan yg paling org buat2 xnampak n org pandang jijik ialah pertanian..
tahukah anda sebenarnya golongan yg berani menceburi bidang perniagaan ini mampu mencipta pendapatan yg sgt tinggi..

berdasarkan maksud yang aku amik dalam wikipedia..
"Pertanian ialah pengeluaran makanan dan barangan melalui perladangan, penternakan, dan perhutanan. Ia merupakan perkembangan utama yang membawa kepada kebangkitan tamadun, dengan penanaman dan penternakan mewujudkan lebihan makanan dan seterusnya membolehkan pembangunan masyarakat yang lebih padat dan berstrata."

paham tak?? hehe..
ok la..secara ringkas yg mudah faham..pertanian merupakan sejenis perniagaan yg membawa kemajuan bg sesebuah negara sebab orang2 yg menceburi bidang ni lah yg membekalkan makanan pada kita2 semua..betul tak??yela..xde sape pun yg terfikir pasal benda ni..pertanian nie kan bermula dari zaman Rasullulah SAW lagi..nabi sendiri menternak kambing kan?? tapi sayangnya..tak ramai masyarakat luar yang nak ceburkan bidang ni.. antara faktornya ; jijik, kotor, tak suka busuk2, dsb..betul x?? alaa..ngaku jer..kan senang..tak de sape marah..hehe

hakikatnya..kotor,busuk, dan jijik nie la yg membekalkan makanan harian untuk semua masyarakat..perniagaan berasakan pertanian, penternakan dan sebagainya ni boleh dilakukan tapi dengan syarat :

1.Minat terhadap bidang usaha ternakan.
2.Berpengalaman dalam bidang penternakan/pertanian
3.Berfikiran positif.
4.Mempunyai keyakinan diri.
5.Memahami asas untung-rugi

haaa..tak susah kan??eh..aku ni macam promoter pulak kan hehe.. impian tu ada..yela..perniagaan camni banyak memberi keuntungan..bukan setakat untung kita cari..tapi kepuasan..

my hubby sendiri wat biznes ni..pertanian dan penternakan lembu secara komersial.. kadang2 aku malu jugak sebab nama jer ada kampung tapi takut turun sawah padi..takut la..takut lintah,pacat n segala makhluk yg menginap dalam sawah padi haha.. sensitif derr..aku tabik spring ngan hubby aku..zaman sekarang bukan semua orang dapat buat semua nie..termasuk aku sendiri..dia boleh lakukan semua nya sendiri..cuma kadang2 tak sempat baru upah orang..tapi kebanyakan dia involve sendiri..aku pernah tanya nape tak suruh orang buatkan jer..bagi upah..tapi dia cakap buat sendiri puas..atas tanah sendiri pulak tu..kalau upah paham2 je la..kadang2 xmemuaskan hati pun..

aku tak mampu nak buat macam dia buat..tapi aku akan support dia..aku sokong dia jadi usahawan muda dalam pertanian/penternakan..aku tak malu ngaku apa pekerjaan dia..yang penting halal..dia sendiri tunjuk potensi betapa bidang yg dia ceburi tu sangat menguntungkan dan memberi kepuasan kat diri dia sendiri..jelez aku..umur muda dah mampu beli kereta, sekarang dalam proses membuat rumah di atas tanah miliknya, mampu biayai perubatan ayahnya yang sakit.. kebanyakan melalui pendapatan yg dia perolehi.. malu aku dibuatnya..mak ayah aku sakit sikit2 pun aku tak mampu nak bagi semua tu..

entri ni bukan untuk aku membela pekerjaan hubby aku..tapi apa yang dia buat membuka mata aku sendiri..aku ngan dia dah lama bersama..dari mula penglibatan dia sampai hari ni apa yang dia buat sangat membanggakan aku..kebanyakan orang pandang rendah dengan bidang macam nie..perniagaan nie sesuai untuk org yg berani tanggung risiko..biznes nie tinggi risikonya..orang yg jenis tak suka makan gaji dan yang tak suka majikan..jadi bos la seronok..buat semua ikut suka sendiri..tak payah nak ikut orang atasan kan..aku pun bermimpi nak bukak perniagaan..dah hubby aku pilih bidang tu,,aku berhasrat nak bukak biznes jugak..nak tau biznes apa??

>>>>kedai pastri dan kek..aku tengok mcm ada potensi..makanan yg ringkas tapi mengenyangkan..betul x??aku sendiri pun suka..pantang lalu depan kedai kek.. =)
>>>>sekarang nie aku ngah buat perniagaan jualan tambah nilai (top -up) secara kecil-kecilan kat rumah..so,nanti ada rezeki aku nak besarkan lagi empayar perniagaan aku tu..insyaallah..doa2kan lah yer..
>>>>ketiga, aku mcm berminat ngan katering..ok x?? aku memang xde pengalaman tentang katering..tapi ilmu boleh cari kan..aku pulak ade sepupu sepapat aku yang pandai bidang2 masakan ni..alaa..katering ni bukan selalu sangat ada tempahan..selalunya time kenduri or majlis tertentu jer..boleh jugak cari duit sikit kat situ..

banyak kan??insyaallah..aku akan tunaikan..kalau tak tercapai semua, 2 daripada 3 tu pun dah kira ok..aku memang minat sgt ngan biznes2 nie..dapat hubby pulak latar belakang biznes..haha..kelakar..=)

kepada my hubby..
>> ayg bangga dengan abang yg kuat semangat dan berani..
>>ayg doakan apa yang abang buat dapat bg kepuasan kat abg..
>>semoga impian nak membesarkan lagi biznes ni akan tercapai..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.