Monday, December 27, 2010

~tERus Dari Hati..~

assalamalaikum warga satu malaysia..haha(nabil asyik sebut jer..terikut plk ngee~~=)

arini aku hepi tetiba...xtaw punca..pelik kan??(buang tebiat kot) ngee~~
tapi dlm hepi2 tu ade sedih jugak..

" COMEL" sakit!!
sedih taw...dah 3 hari xmakan..pas makan muntah balik,,
pg tadi aku g klinik haiwan ngan adik aku amik ubat COMEL..
alhamdulillah..demam comel dah lega sikit..

tapi still sedih..badan comel dah kurus sikit..dulu tembam macam aku..
mata dia pun dah sepet..dulu bulat..bercahaya lau tgk dari jauh..
aku sayang COMEL mcm anak aku sendiri (anak pun xde lg haha)..
touching plak aku.xnak cakap lagi..nanti aku nanges pulak..

pasal hal yg aku hepi tu aku pun xtaw kenapa..
tapi still nak ber blog nie..ag pun dah lama xupdate,,
bukan reti sgt hias2 blog macam org,.,janji aku puas..!!

pape pun berapa hari jer lagi kelas nak mula..
excited sangat!!..dapat jumpa kawan balik..dapat bergurau bercanda n berjalan2 hehe
kawan2!! balek cepat taw..arau menungu!! hehe

kurangkan kontroversi..tingkatkan prestasi..
adios!! luv u all..=)

Saturday, December 18, 2010

My Page Pet


pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets

Monday, December 6, 2010

FOR THE REST OF MY LIFE-MAHER ZAIN

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO

And theres a couple words I want to say

Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I...I`ll be there for you

I know that deep in my heart

I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO

And theres a couple word I want to say

*Repeat Chorus

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus

I know that deep in my heart..

Friday, November 19, 2010

kekasih biasa vs kekasih sejati

KEKASIH BIASA: hanya ingat senyum pada wajah kamu..

KEKASIH SEJATI: selalu ingat senyum & tangis pada wajah kamu..

KEKASIH BIASA: tidak suka kamu menghubunginya ketika dia sedang tidur

KEKASIH SEJATI: tidak kisah bile2 pun..asalkan..kamu menghubunginya..

KEKASIH BIASA: selalu mendoakan kebahagiaan kamu..

KEKASIH SEJATI: selalu mendoakan kebahagiaan kamu,dan berusaha untuk membahagiakan kamu.

KEKASIH BIASA: setiap detik menunggu panggilan daripada mu..

KELASIH SEJATI: setiap detik akan menghubungi kamu..

KEKASIH BIASA: melihat semua yg telah dia korbankan untuk mu

KEKASIH SEJATI: melihat semua yg telah kamu korbankan untuk dirinya..

KEKASIH BIASA: ingin kamu di samping menemaninya selalu..

KEKASIH SEJATI: sentiasa mengharapkan dapat mendampingi kamu selamanya..

KEKASIH BIASA: selalu bertanya kepada kamu,mengapa kamu buat dia bersedih..

KEKASIH SEJATI: selalu bertanya pada dirinya sendiri..apakah dia selalu membuat kamu bersedih.

KEKASIH BIASA: berfikiran bahawa perpisahan adalah cara terbaik menyelesaikan masalah.

KEKASIH SEJATI: berfikiran bahawa perpisahan bukanlah penyelesaian terbaik..dan dia akan berusaha untuk menyelamatkan hubungan dengan menggunakan alternatif lain..Kekasih Sejati hanya akan meredhakan perpisahan setelah sgala usaha untuk mengharmonikan semula hubungan telah gagal...andai perpisahan itu mampu membuatkan pasangannya lebih bahagia..dia terima perpisahan itu dengan hati yang terbuka..walaupun perpisahan itu menyakitkan dirinya..!!

KEKASIH SEJATI: sangggup berhadapan dengan kekecewaaan, asalkan kekecewaan yg dialaminya itu mampu memberi kebahagiaan kpd kamu..sanggup menanggung penderitaan,& kesengsaraan, asalkan kamu bahagia..kebahagiaannya adalah setelah melihat kamu bahagia...

CINTA SEJATI..Tak Bertambah Disebabkan Kebaikan..Tak Berkurang Disebabkan Keburukan..

CINT SEJATI..Sukar Ditemui..Tetapi Tak Mustahil Untuk Dimiliki..

i love u muhammad nabil

LELAKI TAHU..perempuan tahu..=)

Lelaki perlu tahu yang perempuan:

  1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
  2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
  3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
  4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
  6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
  7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
  8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
  10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkann ya.

“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”

Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:

  1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
  2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…
  6. Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
  7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
  8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  9. Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  11. Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!
  12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…
  14. Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  15. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..:)
  16. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
  17. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  18. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
  19. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
  20. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan

Tuesday, November 16, 2010

~i hate minuman bergas~

thanx god ak jnis xlayann sgt minuman bergas..
ngah sedap2 berfesbuk terbaca satu notes nie

10 "KELEBIHAN " coca cola???

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah

wahh hebat gilerr kan?tp tu hakikatnya
kepada cik nabil yg ku kasihi..nasib bek abg xminum..so jgn minum ok..
nt syg buatkan kopi kawww utk abg haha..
luv u syg...=)

bErTUNang???!!! OMG

tunang?
sape nak tunang?sy ker?hehe..tarikh dirahsiakan..maaf..
will be announced later..=)

Percaya atau x, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:

Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.

Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:

"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"

"Kahwinlah dengan kita bila2"

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

Contoh:

"lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"

Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.

Kita orang melayu time nak tunang duk bawang rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila Ibu bapa xde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.

Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti x baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.

Haaa, adakah anda ternganga bila tiba2 tau anda sudah menjadi tunangan orang tanpa sedar?? Haaa, ayokkk, x tau. Hehehe.

abggggg!!!! haha..ayg xtaw ngee~~

10 surah paling berharga dalam al quran

sekadar berkongsi..
semoga kita mendapat berkat..renung2 kan dan selamat beramal..=)

10 surah paling berharga dalam al quran

1-Surah Al-Fatihah mencegah dari kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin mencegah dari kehausan pada hari Kiamat.

3-Surah Ad-Dukhan mencegah daripada huru-hara hari Kiamat.

4-Surah Al Waqiah mencegah daripada kefakiran.

5-Surah Al-Mulk mencegah daripada Azab Kubur.

6-Surah Al-Kauthar mencegah daripada perbalahan atau permusuhan.

7-Surah Al-Kafirun mencegah daripada menjadi kafir semasa meninggal dunia.

8-Surah Al-Ikhlas mencegah daripada bersifat munafiq.

9-Surah Al-Falaq mencegah daripada perasaan hasad.

10-Surah An-Nas mencegah daripada terkena penyakit was-was

Monday, November 15, 2010

i'm back

ho ho ho..
sy kembali lg ngee~~

kali nie aku rasa nak post banyak2 note yg best2 ak dpt kat fesbuk
note tu akan lenyap ditindih udate yg baru
so ak nk post kat blog ak nie untuk ak sndri baca..my syg..n sape2 yg berminat nak baca hehe

so selamat membaca
kurangkan kontroversi tambahkan ilmu..
adiossss..=)

Tuesday, November 9, 2010

~entry berhabuk~

wahh..berhabuknya..nie baru dtg nak cuci2 segala habuk
kalah mangsa banjir plk haha..

cerita terbaru ttg aku?
al maklumla dh lma xupdate kat blog nie kan..
so anyway..final exam dah pun abis..start 27 oktober smpaila 6 november
maka berakhirnye sem 3 dgn jayanya..
bagi ak sem 3 banyak sgt suka duka yg kena tanngung
yela..smuanya menguji kesabaran n kekuatan iman kita
tp kita manusia biasa..terkadang xdpt nak tanggung semuanya sndri
but anyway thnx to my beloved muhamma nabil, my famili n frenz..
luv u all a lot..=)

ttg aku ngan nabil:

yess..alhamdulillah so far still ok
hepi sgt wif him..
wpun terkadang tu ade skit2 tergigit lidah tu biasa la..
semuanya masih dlm kawalan
sbb ape pun berlaku aku taw die xkan lepaskan aku
aku sygkan dia sgt2
kelam jer hidup aku lau die xde..
terpisah sehari dh trasa mcm setahun
anyway..doakan la yg terbaek
n harap sgt dpt kekal ngan die smpai bila..amiiinnn

yg len2??
tah la..xtaw nk ckp..so time cuti2 nie ak akan try update kan status ak
yela..ayah xlepas ak g kje ag..so kna jd suri umah separuh masa la haha.
so anything i will post next time..

kurangkan kontroversi..tingkatkan prestasi..
adoisssss=)

Monday, August 30, 2010

my all..mariah carey

I'm thinking of you
in my sleepless solitude tonight
if it's wrong to love you
then my heart won't let me be right
cause I'm drowned in you
and I won't pull trough
without you by my side

I'd give my all to have
just one more night with you
I'd risk my life to have
your body next to mine
cause I can't let go on
living in the memory of your song
I'd give my all for your love tonight

Baby can you feel me
imagining I'm looking in your eyes
I can see you clearly
vividly emblazoned in my mind
and yet you're so far
like a distant star
I'm wishing on tonight

I'd give my all to have
just one more night with you
I'd risk my life to have
your body next to mine
cause I can't let go on
living in the memory of your song
I'd give my all for your love tonight

I'd give my all to have
just one more night with you
I'd risk my life to have
your body next to mine
cause I can't let go on
living in the memory of your song

I'd give my all for your love tonight
give my all for your love
tonight...

alhamdulillah...

alhamdulillah..
semua dah kembali normal

zira dan nabil dah kembali bersama
pertama kali dilanda masalah yang begitu hebat di bulan ramadhan cmnie.
dugaan semua tu
nak uji sejauh mana ketabahan hati hamba-Nya

abg..syg sygkan abg..
syg taw..abg pun syg ayg kan
abg la penyeri hidup syg
abg pembakar semangat syg
abg yg buat syg hepi..

syg xnak hal mcm tu berlaku lg...
syg tak boleh terima semua tu lagi
syg tak kuat nak terima dugaan tu
janji la dgn syg..abg jaga hubungan nie bebaik ok..

syg syg abg..luv u wif all my heart..

salam sayang..

Sunday, August 29, 2010

mengapa?? mengapa aku???

betul la kata org..
hidup tu xselalunya indah
yang kita impikan xselalunya dapat


tp nape?nape aku yg kena terima semua tu
nape bukan org len
nape aku yg terpaksa tanggung semua tu


sedih sgt..teramat sgt
hanya kerana hal kecik..dia blh ucp kata2 yang menyakitkan hati
mane janji2 dia dlu
mane ucapan cinta, rindu n syg dia kat aku


hari2 yang indah
dpt tlg dia kat kedai..berbuka sesama..duk bersama..shoping bersama..dan sahur bersama
tp xsangka berakhir sekelip mata cmtu jer..


terkilan sgt,,
menangis jer aku sepanjang ari


lau abg baca msg nie..ingat la balik janji2 abg dulu
abg dah menaruh harapan tgi kat syg..
abg dah skitkn hati syg..sakit sgt
abg pikir la..
pikir la mane yang terbaik untuk kita..


pape pun ingt la..syg sentiasa syg kat abg
sehingga hari nie (29 ogos 2010) hubungan kita dah mencecah 1 tahun 2 bulan 3 mgu
satu tempoh masa yang sgt lama..
lau abg rasa dah xde rasa syg utk syg lg..
xde rasa cinta..xde rasa kasih syg untuk syg lg..
dan nak sia2 kan masa yg pnjg tu camtu jer..syg redha..
syg mintak ampun dr hjung rambut smpai hujung kaki
halalkan segalanya.,
syg xkan lupa sentiasa doakan yang terbaik untuk kita..


salam syg..

Monday, August 23, 2010

~SAHABAT KOLEJ MATRIKULASI PERAK~
















































KENANGAN DI KOLEJ MATRIKULASI PERAK
YANG KEKAL DR DULU HINGGA KINI
FRENZ FOREVER,,
SWEET MOMENT YG XKAN DILUPAKAN UTK SELAMANYA..
ZIERA,SUE,AMY-FIKA,AFAT,PIAH,EFA,CHOO,DAH,ERYNN,INTAN,WAFA, AINI DLL
~KENANGAN ABADI~



Sunday, August 22, 2010

perancangan awal...

org len semua plan nak berbuka sesame..
aku ngan nabil plan nak sahur sesame..
haha..pelik..tp benar..beza dr org lain
yg pelik tu la yg aku syg sgt..
org len xdpt cmnie
aku tersangat bertuah dapat dia..
walaupun aku byk sakitkan hati dia
tp hbungan msih bertahan smpai harini
dan harap..tahan sampai ke jinjang pelamin..anak cucu..ke akhir hayat
biar mati jer yg memisahkan kami secara jasad..
tapi hati xkan terpisah..
syg..syg cyg abg sgt2..
eh..dah terkeluar tajuk plak
mgu depan kita kuar sesame k..
rdu abg sgt2..
sesibuk mane un..jgn lupa syg taw..
mmuuuahhhxzz

Wednesday, August 18, 2010

ape erkkk








ape tah perasaan aku sekarang??
letih...mngantuk..penattt..yang penting rindu..hehe
sape xsyg laki oiii hak2

ok..satu2 nak explain..

letih sebab arini jer ade 2 presentation
satu bel satu lg fin536
nasib baik dah lepas..wat siap2 senang..
aku mmg xsuka tangguh keje
sekali org tangguhkan keje aku..aku akan 2 kali ganda tangguh haha
jahat btoi saya nie hehe..xpe..janji ade org syg kan hak3
eh tapi kan..nsib baik everything ok..fuhhh lega..alhamdulillahh..
puan ckap everything ok..cuma improve bhagian yang awk masih belum berpuas hati..
oooo yeaaaahhhh yeeee haaaaa hehe..
ok2..yang keduanya..
sanggaaaaatttt mengantukk
bg 25 jam tido xka pernah cukup punyerrrr hehe
nabil tahu sangat pasal tu haha..
nak wat camne..dah letih kan..
mane ngan puasa..assignment..kelas..project work..
jd isteri pun xsusah camnie..cewaaaahhhhh..memandai jer kan hek3
nak taw susah ker x...abbbbgggggg..cepat2 la masuk minang hehe..jgn jelezzzz

yang ketiga..rindddduuuuu..uwaaaa
nabil dah mula sibuk..
abg keje elok2 taw..jngan gatal2..syg majuk nanti sape susah,,,
bak kata pantun yang abg suka bg kat syg
" jok jok kuala kedah..
majuk sikit sudah"
"jok jok pulau pinang
jgn sampai abg masuk minang"
haha..kelakar kan..org len xdpt cmnie..aku jer..aku insan bertuah taw,,jgn jelezzz hehe
sibuk2 camne pun jgn lupa syg taw..
planning abg nak sahur n berbuka bersama insyaallah jd..
nanti syg gtaw ye,,

dah2..banyak keje nak wat..
see u next time..
kurangkan kontroversi..tingkatkan prestasii..
adiosss..gudnytez,,,assalamualaikummm



Tuesday, August 17, 2010

LaGu FeVeReT mE aNd mY SyG..




Gratisan Musik


LAGU NIE KHAS UNTUK MUHAMMAD NABIL
LAGU WAJIB SETIAP KALI KAROKE NGAN MY SYG,,
LOVE U SO MUCH..~!!

PENAT is LETIH

wah wah wah..
minggu ini tersangat lah busy.,
mengalahkan perdana menteri kiter tu ha,,
saya boleh jd YB DATUK SERI NUR AZEERA BT KHALID..haha..
angan-angan tinggi kalah mat jenin..

mane tak nya..
dengan 2 3 presentation..assignment,,asgnment group..kelas tambahan..kelas malam..test..kuiz!!
arghhh..tekanan sungguh..

esok rabu 18/08/2010 aku nak present bel..
markah tu..jenuh sy menghafal..aduhai..
hope everything's fine orite

lepas abis present bel..ade gap sejam pastu ade presentation fin 536,,adoi..
oh miz sharida..sy suka presentationnnn
tp xsuka semua nya pada masa yang sama!!!
serabuuutttt..nak prepare itu..nak prepare ini..

dah tu ptg nak wat preparation utk presentation research methodology yang xpernah abis..
arghhhh.,tambah lg
yg penting malam tu test fin536,..YA TUHANNNN..
mau pengsan sy..dalam satu hari kna fokus
2 presentation..satu grup assignment..satu test,,
sabar je la..nie la student kan..
bersusah dulu la katakan..

dalam sibk menyiapkan semua tu msih sempat berblog kan..
yela..nak luahkan ape yang terpendam,.
atleast kurng sikit tekanan..n aku boleh wat keje ngan senang,,,

my sayang plak dah mula busy dgn biznes die..bula posa nie la nak carik duit kan
lg pun lepas raya aidilfitri nie dia nak g ke tanah suci mengerjakan haji..

jauh mana pun abg pergi..jgn lupa yang disini yg sentiasa mengingati..
syg akn tunggu abg ok..jgn la risau sgt..
tuumpukan perhatian masa beribadah..depan kaabah doakan hubungan kita kekal selamanya..
semoga doa kita selama ini dimakbulkan..=)

sampai sini je la..nanti smbung balik..
nak tahu ape jd masa presentation bel esok???
tgu post akan dtg..
salam sayang n gudnytez..=)

10 perkara perlu dielakkan semasa bercinta

1. Bercinta Kerana Simpati dan Kasihan. Kamu tidak akan menjadi dewi/dewa penyelamat jika memaksa diri menerima cinta si dia! Perasaan ikhlas dan jujur itu semestinya tidak akan wujud dalam diri andai ia menjadi penyebab mengapa kamu sudi bertaut cinta bersama si dia.



2. Melirik Kepada Jejaka/Gadis Lain. Cinta bukanlah penghalang untuk kamu meluaskan pergaulan, namun harus ada batasan tertentu. Walaupun niat kamu hanya sekadar cuci mata dengan melirik pandangan pada jejaka / gadis lain, ia boleh membawa kepada kecurangan.



3. Pura-Pura Tertarik Pada Bicara Si Gadis. Kamu tidak seharusnya berpura-pura tekun ketika mendengar si dia berbicara tentang perkara yang tidak kamu suka. Jangan paksa diri kamu untuk berhadapan dengan semua perkara ini kerana apa yang dikatakan sebenarnya langsung tidak singgah ke otak kamu. Hipokrit namanya tu!



4. Tidak Ingin Kalahkan Si Dia. Kamu sanggup menyerah kalah ketika berlawan badminton bersamanya semata-mata mahu menjaga hatinya. Tak salah bersaing tetapi mestilah ke arah yang positif dan boleh variasikan hubungan itu.



5. Harus Sentiasa Bersama. Ini tidak bererti teman-teman kamu harus disingkirkan semata-mata kamu sudah menemui cinta. Sebaliknya, masukkan si dia dalam kelompok teman-teman kamu agar dia boleh membiasakan dirinya. Asyik berdua saja boleh menimbulkan rasa bosan kan?



6. Rapat Dengan Sahabat Karib Si Dia. Tak salah mengenali sahabat karibnya tetapi hati-hati supaya tidak terlalu akrab. Ini boleh menimbulkan pelbagai rasa sangsi atau lebih teruk kalau temannya jatuh cinta padamu. Sebaliknya kamu harus lebih mengenali keluarganya dan berusaha merebut hati kedua ibu bapa si dia.



7. Berpura-Pura Tidak Cemburu. Kamu harus dapat membezakan antara sikap percaya dan berdiam diri apabila melihat si dia asyik berbicara dengan jejaka / gadis lain. Andai keterlaluan, tegur si dia dengan cara yang terbaik. Biar si dia tahu perasaan kamu ketika itu.



8. Terlalu Menerima Sikap Si Dia. Setiap orang memiliki kelebihan dan keburukan tersendiri. Jangan kerana terlalu menyangi dirinya, kamu menerima segala keburukannya walaupun hati kamu sakit. Fikirkan insiatif untuk mengubah keburukannya.



9. Memaafkan Sikapnya yang Keterlaluan. Jangan diam sahaja andai si dia melakukan sesuatu perkara yang tidak kamu sukai. Tak salah kalau kamu menegur perbuatanya yang ‘kurang’ itu supaya si dia menyedari dan sanggup berubah demi kebaikan.



10. Biarkan Si Dia Membayar. Sesekali apa kata kamu cuba bergilir-gilir membayar setiap kali makan atau minum. Lagipun ia mencerminkan tolak ansur dalam perhubungan tersebut. Tetapi pada kaum lelaki, jangan pula rasa tercabar kalau kekasih mahu belanja kamu!

Sunday, August 15, 2010

ambil pengajaran

dedikasi utk muhammad nabil..

abg..
syg taw syg wat silap..
syg tak patut ingatkan abg kisah silam abg gan pompuan tu
sape pun marah..lau abg ungkit cmtu kat syg pun syg akan marah cmnie

syg taw..syg byak skitkan hati abg,,
syg xjaga hati abg baik2..
abg xlayak maafkan syg pun

syg syg abg sgt..
syg pegang janji syg kat abg
pape pun berlaku syg akan jaga hubungan nie baik2..
syg mintak maaf sgt2 ngan abg

i love u so much!!

Friday, August 13, 2010

salam ramadhan

salam ramadhan almubarak
11 ogos 2010 bersamaan 1 ramadhan 1431H

ia dtg hanya sekali..
perbanyakkan amal ibadah
dekatkan diri kepada Allah
tingkatkan iman..

semoga kita mendapat keberkatan dunia dan akhirat
kurangkan kontroversi..tingkatkan prestasi..
adiosss...
selamat berbuka..=)

kenangan abadi

hurmm..sepatutnya aku tulis kat blog nie masa kejadian..
tp xpela..sekarang pun boleh kan..

tanggal 9 ogos 2010 wan(datuk) sebelah ayah aku telah pergi meninggalkan kami wat selamanya
hati pilu..sedih sgt..wan dah 8 tahun lumpuh selepas jatuh dr toilet masa malam raya 8 thun lepas
lepas tu pak cik aku la amik jaga..sebab rapat ngan anak dia yang paling kecik
anak-anak n cucu-cucu yang lain selalu la jenguk.g rumah pak cik

sedih teramat sgt..sebab dr dulu wan xpernah beza-bezakan ksih sayang semua cucunya berbanding tok
tp xkisah lah..aku syg dua2 sekali..lgpun aku dah besar..xwujud jurang perbezaan kasih syg..
xkisah pun

sedih yang xtertanggung apabila aku tgk pak njang,pak cik ajar wan mengucap..
aku cuba nak buat..nak ajar wan mengucap..tp aku xkuat nak hadapi
aku xnak nangis depan dia..aku nak sgt dia dpt pergi dgn aman dan tenteram..
aku plak susah sgt nak terima kenyataan sebab datuk n nenek sebelah mak n ayh ada lg..
xpernah kehilangan keluarga mcm tu,,
sebab tu aku sedih sgt2..xtaw nak ckap..sape xsedih kan..

ayah ckap redha je wan pergi
kesian wan tanggung sakit lama-lama..
utk terakhir kali aku menatap wajahnya disaat sakaratulmaut, aku berada disisinya semasa org dtg menziarah..aku kucup dia buat kai terakir dan untuk selamanya,,

masa taip nie pun rasa nak nangis..aku terima ketentuan qadha dan qadar
setiap yang hidup akan bertemu mati
semoga roh wan tenang disana dan ditempatkan dikalangan org yg beriman
AL FATIHAH

Thursday, August 5, 2010

hurmmmmm

tah nape..aku pling xsuka orang yg suka bebankan kepala otak aku..
stress weyh...aku mnusia..bkn robot yg senang2 org nak wat suka2 hati jer...
rasa cam nak lempar jer segala benda yang ada,,rasa macam dirasu setan jer...
arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

sabarrrr....sabarrrrr...yg nie je aku dengar tiap2 kali..
cakap snang la...aku yang menanggung..aduhai..
bg aku senang jerr

penyelesaian aku mudah je..nangis puas2...
time aku dalam keadaan camnie sesape yang tegur aku mmg blh sakit la
pernah aku memandu dalam keadaan marah..abis semua org aku hon..
sekecil2 kesalahan pun aku hon..puassss!!!

knapa aku jd camnie??!!ak ada alasan sendiri..
sebab aku asyik tahan ngan sikap org..org asyik jatuhkan kesalahan atas aku..
tp ade aku cakap pape?ade aku marah balik..xde maknanya..
tah la..aku mmg camnie..dan akan tetao begini..nie habit aku yg sebenar,,

bak kata pepatah air yg tenang jgn disangka tiada buaya
jgn disangka aku berdiam aku akan lupakan camtu jer kesalahan org atas aku..
depend la..lau masa tu time mood elok and aku lupakn jer ape yg dh berlaku kire nsib baik la
lau xelok???let timedecide..

dah..nak choww da..ade klas mlm japg..nak get ready everything..
tgkatkan prestasi kurangkan kontroversi.....adiiiiiiiioooooooooooosssssssssssss
peace no war!!

Sunday, August 1, 2010

hari nie best sgt..
ape lg..dating la weyh..

nk dkt 2buln xjumpa dowh..derita merindu haha
hepi teramat sgt..mcm biasa..die mmg akn bg sumething lau jmpa
mcm2 hdiah la dpt..

ak xmemandang kekayaan die..xpndang harta die..
yg pnting die ade agama..mampu bimbing ak bl ak jd isteri die (insyaAllah)
setia..mampu jga hati ak..mampu jd suami yg terbaik dunia akhirat..
sape xnk hdup bhagia kan..
tp kna ingt..xde satu kehidupan pun yang perfect..

sbb kita hanya merancang tp YANG ESA menetukan segalanya..=)

Sunday, July 25, 2010

ME AND MY LOVE

~saat indah bersamamu paling bermakna dalam hidup.smoga cinta kita kekal abadi~

LELAKI IDAMAN WANITA

Lelaki idaman saya adalah…
Seorang lelaki yang beriman…
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah…
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam…
Yang sentiasa haus dengan ilmu…
Yang sentiasa dahaga akan pahala…
Yang solatnya adalah maruah dirinya…
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar…
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu…
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah…

Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menjaga tuturkatanya…
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya…
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya…
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang…
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang…

Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menghormati ibunya…
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga…
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam…
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan…
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat…

Lelaki idaman saya…
Sentiasa bersedia untuk menjadi imam…
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah…
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara…
Yang menjaga matanya dari berbelanja…
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya…

Lelaki idaman saya…
Tidak pernah membazirkan masa…
Matanya kepenatan kerana penat membaca…
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir…
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan…
Bangunnya subuh penuh kecergasan…
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan…

Lelaki idaman saya…
Sentiasa mengingati mati…
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat…
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga…
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik…
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian…

Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia…
Kerana dia mengimpikan syurga…
Di situlah rumah idamannya…
Dan dia ingin membawa saya bersama…
Dialah lelaki idaman saya…

13 TANDA ANDA TELAH JATUH CINTA

Jika anda ingin tahu sama ada anda telah jatuh cinta dengan seseorang, anda boleh mengetahui melalui perkara berikut:
1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.
2. Anda akan sentiasa merindui dia.
3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.
4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.
5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.
6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.
7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.
8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.
9. Dia sentiasa di fikiran anda.
10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.
11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.
12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.
13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.

RENUNGAN CINTA

Kepada yg masih SINGLE…

Cinta ibarat kupu2. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tp, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tp cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pd seseorang yg layak menerima.

Kepada yg ragu2 dgn PERNIKAHAN.. .

Cinta bknnya mencari seseorang yg “SEMPURNA”, tetapi menemukan seseorang yg mampu menjadikan dirimu sempurna.

Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL…

Jgn katakan “AKU CINTA PADAMU!” bila kau tdk benar2 peduli. Jgn bicarakan soal perasaan bila itu tdk benar2 ada. Jgn kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main2 dgnnya. Jgn menatap ke dlm mata seseorang bila apa yg kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tdk berniat langsung “UNTUK MENERIMANYA” saat ia terjatuh.

Kepada yg PATAH HATI…

Sakit… patah hati… bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yg boleh diambil sbg pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yg BELUM PERNAH JATUH CINTA…

Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jgn sampai terjerumus. Biar selamba tp stabil. Berkongsilah tetapi jgn tak adil. Cubalah utk memahami tetapi bkn bermakna tdk boleh meminta apa2. Bersedialah utk terluka dan menderita, tetapi jgn simpan semua rasa sakit jika itu yg benar2 dialami.

Kepada yg ingin MENGUASAI…

Hatimu patah melihat org yg kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa org yg kau cintai ternyata tdk bahagia dgn mu.

Kepada yg takut MENGAKUI…

Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dgn seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dgn mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila org yg kau cintai, langsung tdk mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yg masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YG TLH PERGI…

Hal menyedihkan dlm hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau tlh mensia-siakan masa bertahun-tahun utk seseorang yg tdk layak. Kalau sekarang dia sudah tdk layak, 10 thn dr sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan. Cinta memang indah tp byk ranjau onak berduri didlmnye….